بسم الله الرحمن الرحيم
agak lama tidak di jenguk blog ne..trlalu sibuk dgn khidupan,,lpas sebulan exam, trus melapor diri tuk praktikal..yup,,aku praktikal di mahkamah syariah tawau..khidupan dunia praktikal yang baru beberapa minggu ingin aku kongsikan..baru beberapa hari di sana,, ku diketengahkan dgn bermacam-macam kes,, sama da melalui ruang pendaftran,,fail2 kes, mahupun secara langsung melalui perbicaraan di dewan sidang di kamar hakim. berbagai ragam manusia yang ku lihat, yang lagi best, aku dpt lbih kenal dgn adat, uruf dan logat sabah ne..wlpn aku lahir n membesar d sabah,, ttap ku akui aku sgt lack communication ngn masyarakat..n ini mnybbkn aku tidak berapa kenal n memahami lagi rencah kehidupan orang- orang di sabah ne..benarlah kata orang, "pengalaman adalah pengajaran yang paling berharga"..
setiap hari untuk pergi praktikal aku akan menaiki bas awam..tambangnya hanya 0.80 sen..kali pertama agak cuak,,sbb aku sgt tidak biasa menaiki bas..takut terlepas perhentian,takut turun di tempat yang salah,, takut sesat..mcm2 bermain di fikiran..namun ku cuba beranikan diri tuk sebuah pglmn yg pasti tak dapt ku beli dgn wang ringgit. setiapm pagi aku akan menunggu bus di pondok tuk menaiki bas pukul 7,, selaunya bus akan sesak,,cz ramai pelajar sekolah,,kdg2 terpaksa berdiri,, kdg2 kalau bernasib baik dapatlah duduk.. 1st aku rasa agak payah juga naik bas ne.. ku rasa peritnya org awam yang terpaksa menaiki bas kerana tidak punya kenderaan...ada sedikit rasa di dalam hati yang tidak mampu tuk ku lestarikan dlm bentuk ayat..berbagai ragam manusia dalam bas, ada yg baik hati,ada yg sibuk dgn khidupannya, ada si cantik manis yang bertudung tetapi sayngnya berlengan pendek,ada si pelajar sekolah menengah yg sgt sibuk dgn hp d tgnnya(zmn sekolah dulu aku x pakai phone), makcik yang sibuk nak kepasar tuk beli barangan dapur..masing2 dgn tujuan masing2..
terharu
sifat manusia sgt unik,, beberapa kali aku terharu dgn sifat2 org dalam bas,, setakat ne.. sudah beberapa kali aku menerima pelawaan org tuk duduk di tempatnya walhal aku bukanlah wanita mgndung atau wanita tua yang smmngnya patut diutamakan dlm knderaan awam ini..smoga allah memurahkn rezeki org2 yg berbuat baik ini. n paling sweet sorg budak sekolah rendah pelawa aku duduk..betapa tinggi budi pekerti n didikan yg telah diterpkan kepadanya sehingga sekecil itupun sudah pandai menghormati n tidak mementgkan diri..si kecil yag comel n hansome,,smoga menjadi anak yg soleh n berjaya dlm khidupan dunia n akhiratmu.
kes wali hakim
hanya beberapa hari di mahkamah aku telah dgr bnyak kes yg dibicarakan, namun satu kes yg paling menyentap jiwa n hatiku adalah kes wali hakim yg aku dgr di sidang bicara pada hari ke 2 praktikal.. fakta kesnya begini,, si anak perempuan ingin bernikah,, namun pihak jheains mndpati trdapat keraguan ttg statusnya sama ada anak sah taraf @ tidak kerana dia lahir lbih kurg 6 bulan setelah tarikh pnikahn ibubapanya..ibubapanya pula telah bercerai, semasa kes bersidang si ibu mendakwa bahawa dia telah bersetubuh dgn bekas suaminya sebelum berkahwin n mengndung sebelum berkahwin, manakala si suami mendakwa bahawa dia berkahwin dgn bekas isterinya dalam keadaan isterinya tidak hamil dan tidak pernah disetubuhi. kenyataan pihak2 adalah bercanggah..hakim dgn budi bicaranya membuka ruang tuk berbincang n tidak trus menghakimi kes.. paling sentap ku rasa bila si anak dgn menitiskan air mata memohon kejujuran dari ibubapanya, dia merayu agar semuanya tidak berpanjangan. dari satu sudut aku memerhati,, ku akui aku terover mendlmi perasaan anak itu, ku rasa dia sgt kasihan, baru mgtahui bhwa kesahtarafannya sebagai seorg anak diragui, mgalmi mslh tuk menempuh ambang pernikahan dan tersekat dlm pmslhn ibubapanya..ku bygkan pula nasib anak2 tak sah taraf, mesti mgalmi mslh2 n pghinaan yg bukn disebbkn diri mereka,,ttp kslahn n dosa ibubapanya..betapa truknya kesan zina n merosakkn nasab keturunan...smoga kita dijauhkan dari zina yg tercela.

No comments:
Post a Comment