بسم الله الرحمن الرحيم
Dewasa ini, alhamdulillah ada segelintir manusia yg Allah berikan hidayah dgn memasuki agama Islam. Namun, dari sudut perundangan Malaysia terdapat beberapa kesan yg timbul samaada dari status perkahwinan dan status agama anak yg telah diperoleh sebelum memeluk Islam. Bagi pendapat aku,,penentuan status agma anak sgt pntg krna agamalah yg mencorak anak tersebut. Post kali ini aku nak membawakan 3 kes di malaysia yg telah diputuskn berkaitan dgn status agama anak.
Pertama, kes Subashini a/p Rajasingam lwn Saravanan
a/l Thangathoray[1]
yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan telah menjadi rujukan dalam
kebanyakan kes berkaitan status anak. Fakta kes ini secara ringkas bolehlah
disimpulkan sebegini. Pada tahun 2001 seorang lelaki Hindu bernama Saravanan
Thangathoray telah berkahwin dengan seorang wanita Hindu , Subashini
Rajasingham. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dharvin
Joshua berumur 3 tahun dan Sharvind berumur 1 tahun. Sisuami, Saravanan
kemudiannya telah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya Muhammad Shafi.
Disebabkan
siisteri masih beragama Hindu, Muhammad Shafi telah pergi ke Mahkamah Syariah
Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan perintah pembatalan perkahwinannya dengan
isterinya yang masih beragama Hindu. Permohonan telah dibuat menurut seksyen 46
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. harus kita ingat
bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah masih lagi tidak terbuka dan bebas terhadap
mereka yang bukan beragama Islam seperti Subashini dalam kes ini. Dalam pada
itu, disebabkan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah Akta Membaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 "Akta 1976", Akta
1976 turut terpakai.
Seksyen
51 Akta 1976 memperuntukkan antara lainnya jika salah seorang dari pasangan
yang berkahwin telah memeluk Islam, pasangannya boleh membuat petisyen di
mahkamah sivil untuk menuntut perceraian. Dalam kes Subashini, sisuami yang
memeluk Islam telah dihalang oleh seksyen ini untuk mendapatkan sebarang remedi
atau perintah dari mahkamah sivil.
Meskipun
Subashini telah menfailkan petisyen perceraian di Mahkamah Tinggi Sivil, namun
perintah-perintah yang dipohon sebelum dari itu masih menjadikan perihal
perkahwinan mereka tidak menentu. Ini termasuklah isu penjagaan anak-anak,
pendidikan anak-anak dan agama anutan anak-anak. Tambahan pula, Muhammad
Shafi telah memeluk Islam bersama anak sulungnya berumur 11 tahun di PERKIM. Subashini telah mempertikaikan pemelukan Islam
tersebut dengan mengatakan bahawa agama kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah
harus ditentukan oleh kedua-dua ibu bapanya. Subashini dalam masa yang masa
memohon daripada Mahkamah satu injuksi (perintah larangan) keatas Muhammad
Shafi daripada mengislamkan anak kedua mereka.
Secara
kesimpulan yang mudah, dalam kes sebegini, isu rumit yang perlu dirungkai
antaralainnya mahkamah manakah yang berupaya memutuskan sebarang pertikaian
yang timbul bagi pasangan yang salah seorangnya telah memeluk Islam ? Dalam keadaan
mahkamah syariah hanya berbidangkuasa terhadap orang Islam dan hanya orang
bukan Islam yang boleh menuntut di mahkamah sivil, tanpa suatu kaedah yang
jitu, isu ini pastinya akan berlarutan. Secara lebih khusus, kebajikan dan
petumbuhan anak-anak kepada pasangan berlainan agama ini akan terus tidak
menentu.
Menurut
tinjauan, dalam hal memeluk Islam isu yang sering timbul ialah hak menentukan
anutan agama bagi seorang kanak-kanak yang ingin atau telah memeluk Islam.
Terdapat dua undang-undang yang wujud. Bagi undang-undang Islam, seorang itu
boleh menentukan agamanya asal saja dia mencapai umur baligh. Sebaliknya
berasaskan undang-undang yang berkuatkuasa yang menurut Perlembagaan
Persekutuan, dalam hal anutan agama, umur majoriti diambilkira. Bagi individu
yang belum mencapai umur majoriti iaitu 18 tahun, ibu bapa adalah berhak bagi
menentukan anutan agama dan pendidikan bagi dirinya. Dalam kes ini, mahkamah membuat
pendekatan mentafsir perkara 12(4). Mahkamah dalam pentafsirannya terhadap
perkara 12(4) menyatakan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun akan
ditentukan oleh ibubapa atau penjaga, bermaksud seseorang ibu atau bapa. Dengan
itu, perkara 12(4) tidak sepatutnya dibaca sebagai termaktub hak penentuan
agama oleh kepada kedua-dua ibubapa. Hakim Abd Aziz Mohamad dalam ulasan
penghakimannya menyatakan: Meskipun bersetuju dengan maksud ‘parent’ di mana
maksud asal ‘parent’ adalah ‘a father or mother’, frasa yang relevan di perkara
12(4) Perlembagaan Persekutuan telah dengan itu dibaca sebagai ‘by his father
or mother or guardian’. Tetapi menurut beliau, ini tidaklah pula bermaksud
bahawa seorang lagi ibu atau bapa tidak mempunyai hak untuk membantah atau
menghalang anaknya daripada diajar agama tersebut atau menukarkan agamanya
kepada Islam.
Walaupun dalam kes tersebut mahkamah telah
turut menyatakan bahawa pihak satu lagi masih ada ruang untuk membuat bantahan
terhadap pertukaran agama tersebut, keputusan mahkamah tertinggi negara itu
sepatutnya dilihat dan diperakukan sebagai telah menjawab percanggahan-percanggahan
keputusan beberapa mahkamah yang lebih rendah sebelumnya.
Dalam kes Gengga Devi a/p Chelliliah
lwn Santanam a/l Damodaram[2]yang
mana keduanya beragama hindu dan telah berkahwin mengikut adat istiadat hindu
pada tahun 1987. Hasil perkahwinan pemohon dan penentang mendapat seorang anak
lelaki. Penentang kemudiannya memeluk Islam dan pada April 24, 1997
mendapatkan perintah yang memberikan hak
penjagaan anak kepada beliau dari Mahkamah Syariah Daerah Kota Setar, Alor
Setar. Pemohon (isteri) menfailkan satu saman pemula untuk antara lain satu
deklarasi bahawa perintah bertarikh April 24, 1997 yang dibuat oleh Mahkamah
Syariah Daerah Kota Setar, Alor Setar dibatalkan, ultra wires dan
tidak sah di sisi undang-undang, dan satu perintah supaya perintah mahkamah
Syariah tersebut dibatalkan.
Isu yang timbul dalam kes ini ialah sama ada
Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk mengenepikan perintah Mahkamah
Syariah? Mahkamah memutuskan adalah jelas berdasarkan Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam
perkara-perkara yang melibatkan dan tertakluk di bawah bidangkuasa mahkamah
Syariah.Oleh itu Mahkamah Tinggi tiada bidangkuasa untuk mengenepikan perintah
Mahkamah Syariah tersebut.
Dalam mengulas isu penentuan agama anak,
hakim iaitu Rahmah Hussain dalam alasan penghakimannya menyatakan penentang
adalah bapa kandung anak tersebut dan mempunyai hak untuk menentukan anutan
agama anaknya, mahkamah juga telah bertindak di dalam bidangkuasanya yang
eksklusif dengan memberikan hak penjagaan kepada penentang dan mengesahkan
pengislaman anak tersebut.
Kes Shamala a/p Sathiyaseelan vs Dr
Jeyaganesh a/l C Mogarajah[3]menimbulkan
semula isu konflik bidangkuasa mahkamah. Dalam kes ini plaintif dan defendan
telah berkahwin pada tahun 1998 di mana keduanya adalah beragama Hindu mereka
dikurniakan dua orang anak yang berumur 4 dan 2 tahun, pada 19 November 2002
defendan iaitu suami telah memeluk Islam dan beliau juga membawa kedua-dua anak
tersebut memeluk Agama Islam pada 25 November 2002. Pada 18 Disember 2002,
Plaintif telah meninggalkan defendan
dengan dua orang anak mereka ke rumah ibu bapanya di Alor Setar, Kedah. Pada 31
Disember 2002, plaintif telah menfailkan saman pemula yang memohon satu
perintah untuk hak penjagaan dan kawalan kedua-dua orang anaknya. Pada 7
januari 2003, defendan menfailkan satu permohonan kepada mahkamah Tinggi
Syariah Selangor untuk hak penjagaan ke atas kedua anak tersebut. Pada 9
februari 2003, permohonan hadanah ex parte bertarikh 28 januari 2003 telah
disampaikan kepada plaintif. Pada 27 Mac 2003, Mahkamah Syariah yang sama telah
mengeluarkan satu waran tangkap terhadap Plaintif kerana gagal hadir ke
mahkamah Syariah tersebut.
Seterusnya pada 17 April 2003 Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur mendengar permohonan plaintif dan mengeluarkan perintah interim
terhadap hak pemeliharaan anak. Pada 8 Mei 2003, mahkamah Tinggi Syariah
Selangor pula mengeluarkan perintah hadanah kepada defendan. Defendan telah
tidak mematuhi perintah interim yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur dengan membawa kedua anaknya keluar dari Alor Setar.
Dalam kes ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur memutuskan bahawa di bawah s.51 AMU, defendan tidak boleh memohon cerai
kerana beliau telah memeluk Islam dan dia dianggap melakukan suatu kesalahan
matrimoni yang membolehkan pihak yang satu lagi yang tidak memeluk Islam untuk
memohon cerai. Hakim juga memutuskan defendan telah melanggar perintah interim
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dan perintah hadanah yang dikeluarkan
oleh mahkamah Tinggi Syariah Selangor tidak memberi kesan kepada perintah
Interim Mahkamah Tinggi. Mahkamah juga memutuskan suatu waran saman yang
dikeluarkan oleh sebuah Mahkamah Syariah di sebuah negeri tidak boleh
dikuatkuasakan ke atas seorang Islam di negeri lain. Ini adalah kerana Mahkamah
Syariah mempunyai bidangkuasa yang berasingan yang tertakluk kepada negeri
masing-masing. Mahkamah Tinggi juga memberi hak penjagaan secara bersama (joint
custody) kepada plaintif dan defendan. Plaintif mendapat hak jagaan terhadap
anak-anak tersebut tetapi diperintah untuk tidak mengajar agama kepercayaannya
kepada kedua-dua anaknya itu atau memberi mereka makan babi.
Kes ini
menarik perhatian umum apabila Shamala membawa lari kedua-dua anak tersebut ke
luar negara sedangkan beliau tidak sepatutnya berbuat demikian kerana perintah
yang beliau perolehi adalah sementara. Pada 12 November 2010 Mahkamah
Persekutuan secara sebulat suara menolak permohonan Shamala yang mahu dua anak
lelakinya, yang ditukarkan sebagai Islam oleh suaminya lapan tahun lalu, kekal
dibesarkan dalam agama asal mereka iaitu Hindu.[4]Pada
1 ogos 2011, Mahkamah Rayuan
membatalkan rayuan Shamala yang terbabit dalam pertikaian hak penjagaan dua
anak lelakinya dengan suaminya yang telah memeluk agama Islam. [5]
Kes ini bukan sahaja menunjukkan bahawa
keputusan Mahkamah Syariah tidak memberi kesan kepada keputusan Mahkamah
Tinggi, bahkan memperjelaskan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad
hanya pada satu-satu negeri sahaja. Walaubagaimanapun, penolakan permohonan
Sahamala untuk menukarkan semula agama anak mereka kepada Hindu memberi
kelegaan kepada agama Islam dan memperlihatkan pentafsiran Perkara 12 (4) dalam
kes-kes sebelum ini digunakan sebaiknya.
Kesimpulannya, meninjau dari 3 kes ini dapat kita lihat pndkatn yg dilakukn oleh mahkamah dlm memutuskan kes berkaitan status agama anak ini ialah membuat tafsiran perkjara 12(4) dan seputar membahskan isu bidangkuasa mahkamah yg memutuskan.


No comments:
Post a Comment